Friday, December 02, 2005

Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

**Penawar_sufiah: Mari sama2 hayati setiap patah kata dalam lirik di atas.. Moga menjadi nasihat buat kita InsyaALLAH.. Kita sebagai manusia pasti tak terlepas dengan ujianNya..

**Penyebab Masuk Syurga Hadith : Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat AllahS.W.T belaka.” (Muslim) Huraian rang yang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Oleh itu mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi. Antara syarat-syarat untuk memperolehi rahmat Allah S.W.T sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Dailami dari Ibnu 'Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Allah S.W.T merahmati orang-orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya."

Wallahua'lam..

No comments: